SERAMAI 60 pesakit yang menerima rawatan di Wad Hospital Sipitang telah menerima sumbangan hamper sempena sambutan perayaan Krismas baru-baru ini.
Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, YB Datuk Dr. Yusof Yacob, yang juga merupakan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad.
Setiap pesakit menerima hamper Krismas yang disumbangkan oleh Yayasan Qhazanah Sabah, sebuah pertubuhan impak sosial di bawah Qhazanah Sabah Berhad. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban pesakit dan keluarga mereka, selain memberi keceriaan kepada mereka yang tidak dapat meraikan Krismas bersama insan tersayang.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi Qhazanah Sabah Berhad, termasuk Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Rudy Jaglul, serta Pengarah Eksekutif Yayasan Qhazanah Sabah, Puan Majorie Noivont.
Sumbangan ini diharap dapat mencetuskan rasa kebersamaan dan semangat perpaduan, selain memperkukuhkan usaha Yayasan Qhazanah Sabah dalam memperkasa komuniti menerusi inisiatif kebajikan.