YQS Raikan Pesakit Kanser Kanak-Kanak Sempena Krismas di Ronald McDonald House

-

SEMPENA sambutan perayaan Krismas baru-baru ini, seramai 60 orang pesakit kanser kanak-kanak dari keluarga golongan B40 dan kurang berkemampuan telah diraikan dalam sebuah majlis penuh bermakna di Ronald MacDonald House, Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah.

Setiap pesakit menerima hamper eksklusif yang disumbangkan oleh Yayasan Qhazanah Sabah, sebuah pertubuhan impak sosial milik Qhazanah Sabah Berhad. Sumbangan ini bertujuan untuk menceriakan pesakit serta meringankan beban keluarga mereka dalam menghadapi cabaran rawatan kanser.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan Yayasan Qhazanah Sabah, termasuk Ahli Lembaga Pengarah YBhg Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Encik Rudy Jaglul selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qhazanah Sabah Berhad, serta Puan Majorie Noivont, Pengarah Eksekutif Yayasan Qhazanah Sabah.

Off