Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Rumah Kesayangan Sabah, Sembulan Dan Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan Qhazanah Sabah Tahun 2024

-

KOTA KINABALU: Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia, Kumpulan Qhazanah Sabah Berhad (QSB) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak Rumah Anak Kesayangan Sabah, Sembulan (RAKS) pada 21 Mac 2024.

"Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan QSB semasa Ramadan setiap tahun untuk memperkukuhkan hubungan dengan para pemegang taruh dan komuniti setempat. Adalah diharapkan  agar kita semua dapat menghayati erti Ramadan melalui perkongsian rezeki kepada golongan yang memerlukan," kata Pengerusi QSB, YB Datuk Dr Yusof Yacob dalam ucapan alu-aluan semasa Majlis Berbuka Puasa & Penyerahan Zakat Perniagaan yang dianjurkan oleh Kumpulan Qhazanah Sabah Berhad di Sabah International Convention Centre (SICC).

Ketibaan 33 orang kanak-kanak dari RAKS yang ditemani penjaga disambut baik oleh pihak pengurusan dan kakitangan Kumpulan QSB serta ahli jawatankuasa yang bertugas. Selain menikmati hidangan berbuka puasa yang disediakan, kanak-kanak RAKS turut menerima goodies bag  yang berisi barangan daripada Kojasa Tradings Sdn Bhd, salah satu ahli Kumpulan Qhazanah Sabah Berhad.  RAKS turut menerima sumbangan tunai sebanyak RM10,000.00 daripada QSB.

Wakil ahli Jawatankuasa RAKS, Ustazah Nur Sakinah Yusof berkata bahawa kanak-kanak RAKS sangat menantikan jemputan daripada pihak luar ke acara berbuka puasa dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan QSB kerana menganjurkan acara ini. Beliau turut menambah bahawa sumbangan tunai daripada Kumpulan QSB akan membantu menampung kos penyelenggaraan dan operasi harian RAKS.

Di dalam majlis tersebut, Kumpulan QSB juga telah mengisytiharkan zakat perniagaan dengan jumlah gabungan sebanyak RM218,143.00. Manakala RM804,807.00 telah diisytiharkan oleh Celcom Timur Sabah Sdn Bhd, sebagai syarikat bersekutu QSB. YB Datuk Dr Yusof berada di atas pentas untuk menyaksikan penyerahan pembayaran zakat perniagaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Rizal Dahli kepada wakil daripada Majlis Agama Islam Sabah (MUIS).

Off